Sekitar Program Kapsul Pusaka: Rancang Harta Urus Pusaka yang berlangsung di Masjid Dato’ Abdul Rahman Yassin Kluang.
Majlis di sempurnakan oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Ramly Jusoh.
Pusaka tu apa?
Segala harta dan hak milik seseorang yang ditinggalkan selepas kematiannya, untuk diagihkan kepada waris yang berhak.
Pusaka boleh merangkumi:
• Wang simpanan
• Rumah, tanah, kenderaan
• Barang kemas
• Hutang yang perlu dituntut
• Hak seperti pampasan, dividen atau tuntutan tertunggak
Dalam Islam, harta pusaka tidak boleh terus dibahagi. Ia perlu melalui urutan berikut:
1. Urusan pengurusan jenazah
2. Bayaran hutang si mati
3. Pelaksanaan wasiat (jika ada, maksimum 1/3)
4. Pembahagian pusaka kepada waris (melalui faraid atau persetujuan waris)
#amazingmainj
#mainjprihatin





