Bantuan Hari Raya Daerah Segamat

posted in: Umum, Zakat | 0

SEGAMAT – Seramai 63 ketua keluarga di kawasan Taman Yayasan menerima manfaat daripada peruntukan Dana Zakat Bantuan Hari Raya Daerah Segamat berjumlah RM1,770,000.00 yang disalurkan bagi meringankan beban menjelang sambutan Aidilfitri.

Majlis serahan cek cura disempurnakan oleh Kadi Daerah Segamat, As-Syeikh Tuan Haji Mohd Azhar Samadun kepada Penolong Pegawai Daerah Segamat (Bahagian Masyarakat), Muhammad Hafizuddin Abd Jalal.

Program berlangsung di Masjid Taman Yayasan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Muhammad Zakuan Gazali serta Amin Baitulmal Daerah Segamat, Ustaz Khairul Anwar Isnin.

Penyaluran bantuan ini diharap dapat membantu golongan asnaf membuat persiapan Hari Raya dengan lebih sempurna serta menceriakan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

#AmazingMAINJ

#MAINJPrihatin