Petang ni, MAINJ bersama ADUN Tenang, YB Haslinda Salleh meneruskan program ziarah dengan mengunjungi kediaman adik Nur Zahrah Jannah Abdul Malik sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang sedang diuji.
Dalam kunjungan tersebut, MAINJ menyampaikan barangan fidyah, sumbangan tunai serta serahan cek cura bagi membantu menampung kos perubatan berjumlah RM33,363.75 untuk rawatan ekzema kulit kronik yang menyebabkan radang, kegatalan, kulit kering serta ruam.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban kewangan keluarga serta menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian. Mudah-mudahan segala urusan dipermudah dan adik Nur Zahrah Jannah dikurniakan kesembuhan serta kesihatan yang lebih baik.
#AmazingMAINJ
#MAINJPrihatin
