Program Perintis TVET Halal Sokong Aspirasi Pelan Kemajuan Halal Johor

posted in: Umum | 0

Program Perintis (Pilot Model) TVET Halal Negeri Johor merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa pembangunan industri halal di negeri ini. Menerusi program ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menaja seramai 15 orang peserta, manakala PIJ Holdings Sdn Bhd turut menaja 5 orang peserta, menjadikan keseluruhan seramai 20 peserta bagi pelaksanaan program perintis ini.

Program ini dianjurkan oleh PIJ Halal Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kolej Kemahiran Johor di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), telah berlangsung selama tiga bulan bermula Disember 2025. Ia bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam bidang pengurusan halal yang kompeten dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Pelan Kemajuan Halal Johor dalam memperkukuh ekosistem ekonomi halal negeri.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kerjaya dan menyumbang kepada pertumbuhan industri halal Johor secara mampan.

#amazingmainj

#mainjprihatin