Alhamdulillah ![]()
Sebanyak RM5.922 juta diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui Wang Zakat bagi menjayakan Bantuan Kasih Ramadan.
Seramai 23,690 asnaf fakir dan miskin di bawah Skim Sara Hidup dan Perubatan Bulanan akan menerima RM250 setiap seorang bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Semoga bantuan ini terus menguatkan mereka dalam menempuh hari-hari Ramadan, mencukupkan keperluan asas keluarga serta memberi ketenangan untuk memperbanyakkan amal ibadah.
Terima kasih kepada para pembayar zakat. Zakat anda bukan sekadar angka, tetapi menjadi asbab harapan dan kekuatan buat mereka yang memerlukan. ![]()
![]()
#amazingmainj
#mainjprihatin
#ramadan2026
#semarakcintaramadan2026
