SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1447H
Ramadan hadir membawa sinar keinsafan yang mendidik jiwa dengan kesabaran serta menyuburkan rasa syukur. Inilah bulan untuk kita melipatgandakan amal, memperbanyakkan sedekah dan memohon keampunan atas segala khilaf yang lalu.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan ke arah diri yang lebih baik dan lebih istiqamah dalam kebaikan, seterusnya bersama-sama kita mengimarahkannya dengan penuh keikhlasan demi meraih rahmat dan maghfirah Allah SWT.

