Penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran

posted in: Umum | 0

PASIR GUDANG – Seramai 117 mangsa kebakaran melibatkan 30 keluarga dari Kampung Teluk Jawa di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Muafakat, Taman Megah Ria, Permas selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Zahari Sarip menasihatkan orang ramai agar memastikan sumbangan pakaian yang dihantar berada dalam keadaan baik, bersih, rapi, dan masih sesuai digunakan, bukannya pakaian yang rosak atau tidak layak pakai.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut hadir menyampaikan bantuan kepada keluarga terlibat bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh Ahli MAINJ, Tuan Haji Burhanuddin Tibek kepada ketua-ketua keluarga yang terjejas, berupa wang tunai dan kit kebersihan diri sebagai bantuan awal kecemasan.

Turut hadir dalam sesi penyerahan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin, dan Kadi Daerah Johor Bahru, As-Sheikh Tuan Haji Mohd Zaini Mohd Salleh.

MAINJ komited untuk terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihara dan bantuan susulan dapat disalurkan secara berterusan.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin