Program Insaniah daerah Kluang

posted in: Aktiviti, Asnaf | 0

KLUANG – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) meneruskan komitmen melalui Program Insaniah dengan melaksanakan misi bantuan ke Kampung Setia Jaya, Machap, Kluang, baru-baru ini.

Program ini melibatkan kerjasama kakitangan MAINJ Ibu Pejabat serta MAINJ Daerah Kluang yang turun padang bagi memastikan bantuan yang disalurkan memberi manfaat secara langsung kepada penerima.

Dalam program tersebut, penerima telah menerima bantuan baik pulih rumah bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan lebih selamat dan selesa untuk diduduki. Selain itu, pasukan MAINJ turut bergotong-royong melaksanakan kerja-kerja mengemas rumah, mengecat serta lain-lain kerja penambahbaikan.

#amazingMAINJ

#MAINJprihatin