YANG DI-PERTUAN AGONG MENUNAIKAN BAYARAN ZAKAT

posted in: Zakat | 0

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan disaksikan oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor dan Nasri Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada hari ini (11 Mac) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

#YDPAgong

#AllahPeliharakanSultan

#IstanaNegara

Sumber gambar: https://www.facebook.com/officialsultanibrahim