Johor Peruntuk RM1.15 Juta BKJ Bantu 3,866 Bakal Jemaah Haji 2026

posted in: Umum | 0

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM1.15 juta melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi manfaat 3,866 bakal jemaah haji negeri ini untuk musim 1447H/2026M.

Inisiatif ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara kesejahteraan rakyat, khususnya dalam memastikan persiapan menunaikan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid sempena Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn.

Kursus berkenaan menitikberatkan persediaan yang menyeluruh merangkumi aspek rohani, mental dan fizikal, termasuk pelaksanaan latihan praktikal berkaitan ibadah haji.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri turut menyeru bakal jemaah agar sentiasa memelihara disiplin serta menjunjung akhlak sepanjang berada di Tanah Suci, selaras dengan tuntutan ibadah haji yang murni.

#AmazingMAINJ#MainjPrihatin