Lawatan kerja ke pejabat MAINJ Daerah Segamat

posted in: Umum | 0

Segamat – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Tuan Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin mengadakan lawatan kerja ke pejabat MAINJ Daerah Segamat bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta menyantuni warga kerja di peringkat daerah, di sini hari ini.

Lawatan dimulakan dengan sesi suai kenal bersama kakitangan, yang menjadi platform untuk merapatkan hubungan serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan. Dalam sesi tersebut, beliau turut menekankan kepentingan membudayakan konsep kerja sebagai ibadah.

Selain itu, Tuan Haji Mohd Radzi mengingatkan agar semua warga kerja sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah cekap, telus dan berintegriti.

Beliau turut menegaskan kepentingan memberikan layanan terbaik kepada golongan asnaf, selaras dengan peranan MAINJ sebagai institusi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam. Pendekatan mesra, prihatin dan berhemah amat dituntut dalam memastikan setiap bantuan disampaikan dengan penuh ihsan dan profesionalisme.

Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan komitmen warga kerja MAINJ Daerah Segamat dalam melaksanakan amanah dengan lebih cemerlang dan berkesan.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin