Perkongsian Kepentingan Zakat Perniagaan Bersama Usahawan

posted in: Zakat | 0

Pagi tadi, sesi perkongsian ringkas mengenai kepentingan zakat telah diadakan bersama para usahawan di Perbadanan Usahawan Johor sebelum taklimat rasmi bermula.

Perkongsian ini menekankan aspek keberkatan dalam rezeki—apabila kita menunaikan hak Allah SWT melalui zakat, insya-Allah segala urusan perniagaan akan dipermudahkan dan diberkati. Kejayaan dalam bisnes bukan sekadar keuntungan, tetapi juga keberkatan yang berpanjangan.

Para usahawan diseru untuk sentiasa memastikan kewajipan zakat perniagaan dilaksanakan dengan tepat dan teratur.

Untuk memudahkan kiraan zakat perniagaan, sila layari pautan berikut:
https://www.maij.gov.my/cal_biz/

Bisnes On, Zakat Jangan Off — Kira, Bayar, Berkat.

#amazingmainj
#mainjprihatin
#kirabayarberkat
#bisnesonzakatjanganoff