Program Insaniah di Daerah Pontian

posted in: Asnaf | 0

PONTIAN, JOHOR – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Pontian menganjurkan Program Insaniah di kediaman Puan Norasikin La Jumat di sini, hari ini.

Puan Norasikin merupakan penerima bantuan sara hidup bulanan MAINJ serta turut tersenarai sebagai penerima Rumah Kasih Johor. Beliau mempunyai tiga orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU), dan menjadi antara keluarga yang diberi perhatian dalam program berkenaan.

Program tersebut melibatkan Pasukan Briged Ansar bersama kakitangan MAINJ Daerah Pontian yang turun padang melaksanakan aktiviti gotong-royong di kediaman tersebut. Selain itu, sumbangan berupa perkakas rumah bernilai RM5,000 turut disampaikan bagi membantu meningkatkan keselesaan kehidupan keluarga terbabit.

Lebih 40 peserta konvoi motosikal daripada Pasukan Briged Ansar turut serta memeriahkan program, sekali gus menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta.

Dalam pada itu, penghargaan turut diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Parit Jawa, Sanglang dan Ayer Baloi atas kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

Turut hadir ialah Amin Baitulmal MAINJ Daerah Pontian, Ustazah Aishah Abu Bakar, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Muhammad Zakuan Ghazali serta Ketua Kampung Parit Jawa, Tok Norhisham.

#AmazinMAINJ#MAINJPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/14cTfxUgEUP/?mibextid=wwXIfr