KUANTAN- Kontinjen Johor terus mencipta kecemerlangan di pentas Festival Kesenian Islam MAKSAK (FKIM) 2026 yang berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2026 bertempat di Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS).
Dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, qari Johor, Mohammad Zakiuddin Hanafi muncul sebagai johan dengan memperoleh markah sebanyak 97 peratus sekaligus mengharumkan nama kontinjen Johor di pentas FKIM 2026.
Turut mencatat kejayaan membanggakan qariah Johor, Ummi Radhwa Mohd Zulkifli berjaya merangkul tempat ketiga dengan markah 92 peratus.
Bagi acara Nasyid Kontemporari pula, kontinjen Johor berjaya memperoleh tempat keempat menerusi lagu bertajuk “Terus” dengan kutipan markah sebanyak 82 peratus.
Sementara itu, wakil dai’e Johor, Mohammad Amirul Adha Januri turut memberikan persembahan yang baik dan berjaya menduduki tempat kesembilan keseluruhan pertandingan.
Festival Kesenian Islam MAKSAK 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah serta mencungkil bakat warga penjawat awam dalam bidang kesenian dan syiar Islam.
#FKIM2026#MAKSAKJohor#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin


