Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan

posted in: Zakat | 0

Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Berhad telah disempurnakan oleh Encik Sharizan bin Yacob.

Majlis dihadiri oleh Dr Ungku Abulkhair bin Ungku Mohd Zakaria selaku wakil Majlis Agama Islam Negeri Johor dan disaksikan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas.

Sebanyak RM35,920.00 zakat perniagaan telah ditunaikan bagi tahun berakhir 1447 Hijriah bersamaan 2025 Miladiah.

Terima kasih kepada para pembayar zakat atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan. Semoga segala urusan dan rezeki terus diberkati Allah SWT.

#amazingmainj

#mainjprihatin

#terimakasihpembayarzakat