SEMINAR ZAKAT PERNIAGAAN HIMPUNKAN USAHAWAN JOHOR

posted in: Zakat | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menganjurkan Seminar Zakat Perniagaan sempena Bulan Zakat Perniagaan dengan penyertaan para usahawan dari seluruh Negeri Johor.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Dalam majlis berkenaan, turut berlangsung penyempurnaan zakat perniagaan oleh beberapa syarikat dan usahawan antaranya Restoran Ahmad Khan, Amzah Mohamad Gas Sdn. Bhd., MPS Impian Enterprise, JIMA Sdn. Bhd., Jasa Liza Trading, Perniagaan & Elektrik Kempas, Hasha Petrokiosk, Saksama Naungan Sdn. Bhd., Practicool Sdn. Bhd., Millenium Aims Sdn. Bhd., Uni-Technologies Sdn. Bhd., Pusat Latihan Memandu Intensif Sdn. Bhd., Jurutera Uji Tatah Sdn. Bhd. serta Global Presticare, Global Presticare (M) Sdn. Bhd. dan Kamal Bina Enterprise.

Selain itu, seminar turut menampilkan perkongsian berkaitan pengiraan zakat perniagaan, fiqh zakat serta inspirasi zakat kepada para peserta yang hadir.

“Bisnes On, Zakat Jangan Off — Kira. Bayar. Berkat.”

#AmazingMAINJ
#MAINJPrihatin
#KiraBayarBerkat