Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid, telah mengadakan ziarah asnaf di Parit Keroma, Muar bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada penerima yang memerlukan.
Dalam ziarah tersebut, Hazwanihawa Mohd Adros menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Perubatan Dialisis berjumlah RM22,800, manakala Muhammad Isyraq Ul Haq Muhammad Isma menerima Bantuan Perubatan Rawatan Komplikasi Jantung berjumlah RM29,000.
Turut hadir mengiringi program tersebut ialah Amin Baitulmal Daerah Muar, Ustaz Muhammed Adzrul Taib, serta Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Muar, Ustaz Muhammad Ilham Abdul Hisam.
Jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM51,800 bagi membantu meringankan beban penerima dan keluarga mereka.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin


