JOHOR BAHRU, 30 Jun 2026 β Majlis Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor berlangsung di Masjid Pasir Pelangi.
Majlis bermula pada jam 6.15 petang, menghimpunkan kira-kira 300 orang terdiri daripada pegawai kanan Johor Civil Service (JCS), pegawai-pegawai agama, anggota Askar Timbalan Setia Negeri serta orang awam. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, diikuti bacaan tahlil dan doa kesyukuran bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT serta memohon agar Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, keberkatan usia dan kebijaksanaan dalam kepimpinan demi kemakmuran Negeri Johor Darul Taβzim.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin





