Johor Bahru – Usaha memperkasakan kefahaman dan kesedaran mengenai kewajipan berzakat terus dipergiatkan menerusi siri Taklimat Zakat yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan organisasi di seluruh negeri Johor.
Antara organisasi yang telah menerima taklimat tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pusat Dialisis Klinik Wakaf An-Nur Pasir Gudang, Sekolah Kebangsaan Balai Badang Segamat, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang Kluang, Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Pontian, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) serta usahawan di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Siri taklimat ini bertujuan memberikan penerangan mengenai konsep dan kepentingan zakat, kaedah pelaksanaan zakat serta peranan institusi zakat dalam mengurus dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf secara berkesan.
Melalui penganjuran sesi-sesi taklimat ini, diharapkan lebih ramai masyarakat memperoleh kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab berzakat, sekali gus menyemarakkan budaya berzakat dalam kalangan individu, organisasi dan komuniti.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap peranan zakat sebagai instrumen pembangunan ummah dan kesejahteraan sosial, di samping memastikan lebih ramai asnaf menerima manfaat daripada dana zakat yang diamanahkan.






