PASIR GUDANG, 4 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini memulakan Kursus Jahitan Baju Sekolah Agama Negeri Johor di Pusat Jahitan MAINJ, Bukit Dahlia, Pasir Gudang sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Asnaf MAINJ yang memfokuskan kepada pembangunan kemahiran, peningkatan kebolehpasaran serta pemerkasaan ekonomi golongan asnaf melalui latihan kemahiran berimpak tinggi.
Seramai 12 orang peserta daripada kalangan asnaf yang telah mempunyai asas kemahiran menjahit terpilih mengikuti kursus ini. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran sedia ada agar peserta lebih berdaya saing serta berupaya menjana pendapatan melalui bidang jahitan.
Sepanjang kursus, para peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru, yang akan memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal bagi menghasilkan pakaian sekolah agama mengikut piawaian yang ditetapkan.
Kursus ini akan berlangsung selama 12 minggu (empat bulan) dan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, sekali gus memberi peluang kepada peserta mengikuti latihan secara berterusan tanpa mengganggu komitmen harian mereka.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin



