YB EXCO AGAMA JOHOR SERAH SUMBANGAN TUNAI DAN KIT BANTUAN MAINJ KEPADA MANGSA BANJIR

posted in: Bantuan | 0

MUAR, 30 Julai – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid menyempurnakan penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Bulat dan PPS Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali.

Seramai 37 buah keluarga menerima sumbangan tunai dan kit bantuan banjir yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana banjir serta memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Semoga sumbangan tunai dan kit bantuan banjir yang disampaikan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para mangsa, di samping menyuntik semangat dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Didoakan agar Allah SWT mengurniakan keselamatan, mempermudahkan segala urusan serta melindungi seluruh rakyat yang terkesan daripada sebarang musibah.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin