Bukan sahaja berkongsi mengenai kewajipan zakat perniagaan bersama 52 peserta yang mewakili 36 koperasi daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), malah kami turut berkongsi peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam pengurusan agihan zakat di Negeri Johor.
Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh kefahaman serta mengeratkan kerjasama strategik dalam memperkasakan institusi zakat demi kesejahteraan ummah.
#amazingmainj
#mainjprihatin



