KLUANG, 3 Ogos – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui Bahagian Pembangunan Asnaf terus komited memperkasa pembangunan modal insan menerusi penganjuran Kursus Modular Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa dengan kerjasama Kolej Kemahiran Johor, di sini hari ini.
Seramai 20 pelajar telah mendaftar bagi mengikuti kursus tersebut yang bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam sektor pekerjaan berkemahiran. Kesemua peserta menerima tajaan penuh daripada MAINJ berjumlah RM130,000 menerusi dana zakat.
Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan teori serta latihan praktikal yang menepati keperluan industri. Diharapkan mereka dapat memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaiknya, mencapai keputusan yang cemerlang serta mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh untuk membina masa depan yang lebih cerah dan membantu keluarga.
MAINJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar zakat di Negeri Johor. Hasil sumbangan zakat yang ditunaikan telah memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf melalui peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang mampu mengubah kehidupan mereka.
Terima kasih pembayar zakat. ![]()
#AmazingMAINJ
#MAINJPrihatin




