Sesi ini menjadi platform perkongsian berkaitan Enakmen dan Fatwa yang menyentuh kepentingan menyempurnakan kewajipan zakat pendapatan, termasuk galakan menunaikan zakat di negeri atau lokasi sumber pendapatan serta perniagaan bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan kepada asnaf di kawasan setempat. Selain itu, sesi ini turut mengukuhkan hubungan strategik antara institusi zakat dan pelbagai agensi.
Ucaptama telah disampaikan oleh YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Penasihat MAINJ. Turut hadir Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Johor, barisan Ahli Majlis MAINJ serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang hadir, termasuk institusi perbankan, institusi pendidikan, syarikat berkaitan, serta semua pihak yang bersama-sama menyokong usaha memperkasa ekosistem zakat pendapatan di Negeri Johor.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan, sekali gus meningkatkan kesedaran berzakat dan memastikan manfaat zakat dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada golongan asnaf demi kesejahteraan ummah.
Alhamdulillah, sempena Majlis Sesi Libat Urus Strategik Memperkasa Ekosistem Zakat Pendapatan, turut diadakan penyampaian bantuan zakat kepada penerima, antaranya bantuan bina baharu rumah berjumlah RM100,000, rawatan hemodialisis RM41,280 serta bantuan pembedahan komplikasi mata RM20,000.
Hasil zakat yang ditunaikan oleh para pembayar zakat terus disalurkan bagi membantu meringankan beban dan memberi sinar harapan kepada golongan yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat yang terus mempercayai MAINJ dalam mengurus dan menyalurkan amanah zakat.



