MAINJ UNGGUL, RANGKUL DUA KEJUARAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026

posted in: Umum | 0

MUAR, 31 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Johan Sepanduk Terbaik bagi kategori Badan Berkanun, GLC, NGO, Swasta dan Komuniti sempena Majlis Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Kejayaan berganda itu diraih menerusi persembahan penuh disiplin, keseragaman dan semangat patriotisme kontinjen MAINJ, selain kreativiti rekaan sepanduk yang berjaya mencuri perhatian.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor kepada wakil kontinjen MAINJ.

Turut hadir meraikan kejayaan, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Shafiei Ahamad dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Mohd Mackeen Mohd Shafiee.

Kejayaan merangkul dua kejuaraan ini menjadi pencapaian membanggakan buat seluruh warga MAINJ dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, kecintaan kepada negara serta semangat Bangsa Johor.

Tahniah Kontinjen MAINJ! πŸ‡²πŸ‡Ύ

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin#HariKebangsaan2026#Merdeka2026