Alhamdulillah… 22 anak Johor hari ini membawa impian yang besar. Jauh meninggalkan keluarga, demi menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.
Mungkin mereka tidak sedar, di sebalik perjalanan ini ada rezeki pembayar zakat yang menjadi asbab mereka dapat melangkah lebih jauh.
Inilah indahnya zakat.
Kita keluarkan sedikit daripada rezeki kita, Allah sampaikan manfaatnya kepada mereka yang memerlukan.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan anak-anak ini. Jaga mereka di bumi Jordan, mudahkan urusan pengajian mereka, berikan ilmu yang bermanfaat dan kejayaan.
Semoga suatu hari nanti mereka pulang bukan hanya membawa segulung ilmu, tetapi membawa manfaat untuk agama, bangsa dan negeri Johor ![]()
#AmazingMainj#MainjPrihatin
