BELANJA DAPUR ASNAF BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Seramai 100 orang asnaf sekitar DUN Machap menerima manfaat menerusi Program Belanja Dapur Asnaf anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, yang bersama-sama MAINJ turun padang menyantuni para asnaf serta menyampaikan bantuan kepada penerima.

Bagi menjayakan program ini, MAINJ telah memperuntukkan sebanyak RM30,000 bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keperluan dapur golongan asnaf.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat di Negeri Johor. Zakat yang anda tunaikan menjadi asbab bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Teruskan menunaikan zakat melalui MAINJ. Zakat anda, manfaat buat asnaf.

#AmazingMAINJ

#MAINJPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/19cZg9pviW/?mibextid=wwXIfr