OHOR BAHRU, 19 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam pengurusan zakat, endowmen dan kebajikan mahasiswa.
Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Nooh Gadot, manakala delegasi UTM diketuai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini Ahmad.
Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan penstrukturan semula pengurusan endowmen serta Jawatankuasa Zakat UTM bagi memperkemas tadbir urus dan meningkatkan keberkesanan pengurusan serta agihan dana.
Turut dibincangkan cadangan mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap tiga bulan, penyediaan laporan agihan zakat secara bulanan serta mekanisme pengauditan oleh MAINJ bagi memastikan ketelusan dan pematuhan dalam pengurusan dana.
YB Dato’ (Dr.) Nooh Gadot turut menekankan kepentingan penyediaan kertas kerja lengkap berkaitan cadangan penstrukturan untuk penelitian dan pertimbangan lanjut.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Shafiei Ahamad; Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Tuan Haji Azlan Abdullah serta pegawai kanan MAINJ.
https://www.facebook.com/share/19JoamhUuo/?mibextid=wwXIfr
