MAINJ SANTUNI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM SAHAM WAKAF JOHOR DI PALOH, KLUANG

posted in: Wakaf | 0

KLUANG, 23 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui MAINJ Daerah Kluang menganjurkan Program Saham Wakaf Johor di Masjid Jamek Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang.

Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang program, antaranya kaunter Saham Wakaf Johor, program Nazofah Wakaf, ziarah mahabbah asnaf, pertukaran minyak hitam motosikal secara percuma, tazkirah serta sesi penerangan berkaitan Saham Wakaf Johor.

Program turut dimeriahkan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam Saham Wakaf Johor bertajuk “Wakaf Sebagai Amal Jariah, Manfaat Berpanjangan” yang menampilkan Timbalan Mufti Negeri Johor, Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamad dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Dr. Mohd Firdaus Abdul Hamid.

Selain itu, program turut menyaksikan penyampaian sumbangan agihan manfaat wakaf, bantuan barangan dapur kepada lima penerima asnaf serta cenderahati kepada dua pewakaf tertinggi.