MAJLIS SERAHAN WAKALAH ZAKAT

posted in: Zakat | 0

JOHOR BAHRU, 26 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut hadir dalam Majlis Serahan Wakalah Zakat Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperluas manfaat zakat kepada golongan yang memerlukan.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap, mewakili YAB Menteri Besar Johor.

Antara sumbangan yang diserahkan termasuk bantuan tunai, bantuan pembinaan rumah, sumbangan kepada pihak sekolah serta kenderaan jenazah bagi kegunaan setempat.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Johor, YB (Dr.) Haji Rosnan Fathlal; Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, Dr. Siti Noraishah Azizan serta Penolong Pengarah Zakat MAINJ, Ustaz Mohd Shafie Mustapha.

Semoga agihan zakat ini terus membawa manfaat, meringankan beban dan menyampaikan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.