RM100,000 ZAKAT AFFIN ISLAMIC MANFAATKAN GOLONGAN ASNAF

posted in: Zakat | 0

JOHOR BAHRU, 2 Nov – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima penyerahan zakat berjumlah RM100,000 daripada Affin Islamic Bank Berhad dalam satu majlis ringkas yang berlangsung hari ini.

Penyerahan zakat tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, kepada Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot.

Turut hadir, Ketua Perikatan Perniagaan Strategik, Affin Group Treasury, YM Tengku Azhar Tengku Yusoff; Naib Presiden Perikatan Perniagaan Strategik Wilayah Selatan, Puan Suhaidah Solatin; serta Pengurus Perhubungan, Mohamad Azam Harun dan Md Nasir Ibrahim.