INDAHNYA BERKONGSI REZEKI

posted in: Wakaf | 0

JOHOR BAHRU– Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi inisiatif Saham Wakaf Johor telah menganjurkan Program Sentuhan Hati Sebelum Jumaat di Masjid Taman Impian Emas, Johor Bahru, hari ini.

Program berkenaan menampilkan ceramah kerohanian yang disampaikan oleh Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Dr. Mohd Firdaus Abdul Hamid.

Turut diadakan edaran makanan percuma kepada para jemaah serta pembukaan kaunter Saham Wakaf Johor bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam amalan berwakaf.

Ayuh bersama-sama menyertai Saham Wakaf Johor! Setiap sumbangan wakaf, walau sekecil mana sekalipun, mampu memberi manfaat berpanjangan demi kesejahteraan ummah.