Siang tadi kami berada di Batu Pahat, menyantuni Puan Julie dan Puan Noraini.
Kedua-duanya sebelum ini merupakan penerima bantuan zakat MAINJ di bawah Program Bantuan Berdikari.
Puan Julie menerima bantuan mesin jahit, manakala Puan Noraini menerima mesin uli tepung dan oven bagi membantu mengembangkan usaha mencari rezeki.
Alhamdulillah, daripada penerima bantuan zakat, kini kedua-duanya sudah mula melangkah menjadi pembayar zakat pula.
Dulu dibantu, kini mula memberi.
Inilah matlamat sebenar bantuan zakat. Bukan sekadar meringankan beban, tetapi membina kehidupan sehingga suatu hari nanti mereka pula mampu berkongsi rezeki dan membantu insan lain.
#AmazingMainj
#MainjPrihatin
#BarakahZakat2026
#KiraBayarBerkat





