Malam tadi kami di Osman Goat Farm. Alhamdulillah, dapat luangkan masa bersama anak-anak muda dalam suasana santai sambil berkongsi sedikit tentang peranan zakat.
Seronok melihat anak-anak muda kita. Datang daripada pelbagai latar belakang, masing-masing ada cerita dan kejayaan tersendiri dalam bidang masing-masing. Hebat!
Terima kasih kepada En. Osman bin Cheya Kutty yang sudi menyediakan tempat untuk kami.
Semoga pertemuan santai ini membawa manfaat dan mengeratkan lagi ukhuwah. Insya-Allah.

