PASIR GUDANG, 14 Nov – Seramai 12 peserta kini memasuki minggu terakhir Kursus Jahitan Pakaian Sekolah Agama Negeri Johor anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Kursus yang berlangsung selama 16 minggu pada setiap Sabtu dan Ahad itu bertujuan meningkatkan kemahiran jahitan peserta, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Pensyarah PIS merangkap tenaga pengajar, Puan Rashidah Sulong berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta untuk menghasilkan pakaian sekolah agama serta menjadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan.
Turut hadir, Pegawai Bahagian Pembangunan Asnaf MAINJ, Ustaz Khairul Hazwani Ahmad Tabrani dan Pegawai Bahagian Korporat MAINJ, Nurul Anis Anwar.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin#MAINJ#PembangunanAsnaf
https://www.facebook.com/share/p/1A2FG9aNJf/?mibextid=wwXIfr


