PASIR GUDANG, 13 Nov – Seramai 100 peserta menyertai Program Nadzofah Wakaf anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Johor Bahru di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cahaya Baru, hari ini.
Ketua Kampung Cahaya Baru, Mohd Sobri Haji Samion berkata, program gotong-royong itu bukan sahaja memastikan kebersihan tanah perkuburan terpelihara, malah mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama masyarakat setempat.
Program ini turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cahaya Baru.
Turut hadir, Pengerusi Masjid Kampung Cahaya Baru, Abd Rahin Chik; Pegawai MAINJ Daerah Johor Bahru, Mohd Mikail Mohd Rais; Pegawai MAINJ Bahagian Wakaf, Ustaz Mohd Firdaus Omar dan Pegawai MAINJ Bahagian Korporat, Ustaz Mohd Aminuddin Salihuddin.
Program turut diisi dengan Sentuhan Hati Sebelum Jumaat yang merangkumi tazkirah, edaran makanan percuma serta pembukaan kaunter Saham Wakaf Johor.
https://www.facebook.com/share/p/1DicvNQ6mD/?mibextid=wwXIfr

