(A) Pinjaman Pendidikan Qardul Hasan bagi Pelajar-pelajar Perubatan Di Universiti Mesir Dan Jordan

Kursus : Perubatan / Pergigian/ Farmasi

Syarat-syarat dan kelayakan:
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam
2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
3. Pelajar tahun satu (1) yang mendapat 8A dalam SPM, dengan mendapat A dalam 4 subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia dan Biologi; atau
4. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun Pertama sekurang-kurangnya Jayyid / Good dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A.
5. Universiti yang telah di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
6. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Maklumat syarat dan kelayakan Lanjut :

Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Johor sebelum atau pada 31 Julai 2025.