Konsep Wakaf Tunai Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah. Para ulama di zaman silam telah menggunakan istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad-dananir iaitu wakaf menggunakan wang dirham atau dinar dalam kehidupan mereka. Secara umumnya wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana dari kalangan umat islam yang kemudianya dapat dimanfaatkan bagi kepentingan pembangunan ummah.
Fatwa Pensyariatan Wakaf Tunai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam
Matlamat Wakaf Tunai
|