Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima kunjungan hormat daripada wakil MALBATT 850-12 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan sokongan MAINJ terhadap pelaksanaan aktiviti Civil-Military Cooperation (CIMIC) sepanjang penugasan pasukan tersebut di Lubnan, tahun lalu.
Kunjungan diketuai Leftenan Komander Zulhazrin Abdul Mutalib TLDM, Pegawai Staf 2 CIMIC MALBATT 850-12, yang turut menyampaikan cenderahati kepada pihak MAINJ sebagai simbol penghargaan dan hubungan baik yang terjalin.
Beliau memaklumkan sumbangan MAINJ memberi impak positif terhadap kelancaran pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dijalankan MALBATT sepanjang misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta mendoakan agar kerjasama yang terjalin dapat diteruskan demi manfaat bersama dan kesejahteraan sejagat.
#amazingmainj
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
#barakahzakat2025
#bayarzakatsebelum31disember


