Pembayaran zakat oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur

posted in: Zakat | 0

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur hari ini menunaikan pembayaran zakat berjumlah RM24,732.13, yang disempurnakan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah PPK Johor Bahru Timur, Tuan Haji Omar Haji Saleh.

Pembayaran zakat tersebut diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), yang diwakili oleh Eksekutif Pungutan Zakat, Encik Johari Abd Rahim.

Semoga zakat ini memberi manfaat kepada golongan asnaf serta menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

#amazingmainj

#MainjPrihatin

#mainj100tahun

#barakahzakat2025

#bayarzakatsebelum31disember