Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat, pewakaf serta para penyumbang infaq atas kepercayaan dan tanggungjawab yang telah ditunaikan sepanjang tahun 2025.
Komitmen dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan dalam menunaikan kewajipan zakat serta menghulurkan sumbangan wakaf dan infaq amat bermakna dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela, pembangunan ummah dapat dilaksanakan dan syiar Islam terus diperkasakan di Negeri Johor.
Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan, malah menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat secara menyeluruh.
Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang diberkati, dilipatgandakan ganjarannya serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Terima kasih atas kepercayaan. Terima kasih atas keikhlasan. Terima kasih atas tanggungjawab.
#amzingmainj
#MainjPrihatin
