SESI RAMAH MESRA PELAJAR JOHOR DI MAGHRIBI

posted in: Umum | 0

Alhamdulillah, Kami berpeluang menghadiri sesi ramah mesra dan makan malam bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Dato’ Shahabudeen Adam Shah serta anak-anak Johor yang sedang menuntut ilmu di sini.

Pertemuan ini mengeratkan ukhuwah, membuka ruang perkongsian aspirasi dan menyantuni kebajikan pelajar Johor di perantauan. Bangga melihat semangat, keazaman dan jati diri mereka membawa nama Johor dan Malaysia di persada dunia.

Untuk makluman, seramai 14 pelajar Johor kini menuntut di Maghribi daripada 135 pelajar Malaysia, majoritinya dalam bidang Pengajian Islam.

Sumbangan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi juga telah disampaikan, manakala MAINJ turut menyalurkan RM5,000 bagi menyokong aktiviti dan pengurusan Persatuan Pelajar Johor di Maghribi yang baru ditubuhkan.

Menariknya sistem pengajian di Maghribi membolehkan pelajar menamatkan ijazah seawal usia 21–22 tahun, dan pengajian tertinggi seawal 26–27 tahun, Insya-Allah.

Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited menjaga kebajikan dan masa depan pelajar Johor di luar negara.

Terima kasih TYT Duta Besar dan anak-anak Johor atas sambutan penuh mesra. Semoga hubungan ini terus diperkukuh demi ummah dan Johor yang gemilang. 🀍

Credit: YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid

#amazingmainj

#MainjPrihatin