KUNJUNG HORMAT KE DUTA BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

posted in: Umum | 0

Sebagai tanda hormat dan silaturahim, delegasi Johor yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid telah mengadakan kunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama Dato’ Mohamad Nasri bin Abd Rahman.

Kunjungan ini bertujuan memaklumkan secara rasmi hasrat dan tujuan keberadaan delegasi Johor di bumi Anbiya ini, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada.

Perbincangan turut menyentuh kebajikan para pelajar Johor di Jordan, selain perancangan pelaksanaan agihan Bantuan Tabung Kasih Johor–Palestin, yang menjadi antara fokus utama pertemuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TYT Dato’ atas keraian, bantuan serta sokongan berterusan yang diberikan. Johor amat menghargai segala komitmen dan kerjasama erat ini.

Semoga hubungan baik dan kerjasama yang terjalin terus diperkasakan dan diberkati Allah SWT. Aamiin.

#amazingmainj

#MainjPrihatin