Dimaklumkan bahawa Kaunter Pungutan & Agihan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Daerah Johor Bahru) di No. 53, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor akan ditutup sementara bagi melaksanakan proses pemindahan premis sebagaimana ketetapan berikut:
6 Mei 2026 (Rabu) hingga 8 Mei 2026 (Jumaat)
Sehubungan itu, orang ramai adalah dimohon untuk menggunakan alternatif urusan seperti berikut:
1. UTC Johor – Galleria@Kotaraya (urusan bayaran zakat sahaja).
2. Majlis Agama Islam Negeri Johor (Daerah Johor Bahru), Cawangan Pasir Gudang (urusan bayaran dan agihan zakat).
3. Secara dalam talian Melalui pautan: https://epayment.maij.gov.my/ dan https://ebantuan.maij.gov.my/
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan kelancaran urusan ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin
