Draf Pelan Kemajuan Wakaf Johor dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah dibentangkan sebagai panduan strategik ke arah memperkasa pembangunan institusi wakaf dan baitulmal di negeri ini. Pelan ini digariskan dengan matlamat utama untuk membentuk ekosistem yang menyeluruh dan bersepadu, merangkumi aspek tadbir urus hingga kepada penyaluran manfaat kepada masyarakat.
Dalam merealisasikan hasrat tersebut, pelbagai inisiatif pemodenan akan terus diperkukuh, termasuk pendigitalan sistem penyampaian, pemantapan keupayaan sumber manusia serta penerokaan instrumen baharu yang lebih inovatif. Langkah ini penting bagi memastikan pengurusan wakaf dan baitulmal kekal mampan, cekap dan berimpak tinggi.
“Wakaf dan Baitulmal Bersama Membina Ummah”
Wakaf Online layari:
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin


