Setiap sen zakat yang ditunaikan bukan sekadar angka, tetapi menjadi sebab sebuah keluarga asnaf dapat berteduh dengan lebih selesa dan bermaruah.
Alhamdulillah, hasil amanah para pembayar zakat melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), sebuah rumah 3 bilik telah berjaya diserahkan kepada penerima asnaf yang memerlukan.
Daripada rumah yang sempit dan serba kekurangan, kini hadir ruang untuk anak-anak membesar dengan lebih tenang, selamat dan penuh harapan.
Inilah bukti bahawa zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi jalan menghadirkan kebahagiaan dan memulihkan maruah insan.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat — boleh jadi, doa seorang ibu asnaf hari ini sedang naik ke langit kerana zakat yang anda tunaikan.
#amazingmainj
#mainjprihatin


