Johor Bahru – Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya telah menganjurkan Program “Sentuhan Hati Sebelum Jumaat” bagi menyantuni jemaah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti setempat.
Program yang berlangsung sebelum solat Jumaat itu mendapat sambutan baik daripada para jemaah dan penduduk sekitar. Inisiatif ini diharap dapat terus menyemarakkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, dakwah dan kebajikan masyarakat.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin






