KOTA TINGGI, JOHOR – Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor ke Majlis Perasmian Masjid Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abd Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, serta YB Dato’ Haji Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, bersama-sama para pemimpin masyarakat, penduduk setempat dan ahli kariah.
Sempena perasmian ini, seluruh ahli kariah diseru agar bersama-sama memakmurkan Masjid Felda Air Tawar 5 dengan menghadiri solat berjemaah, mengimarahkan program keilmuan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
Semoga masjid ini terus menjadi pusat kecemerlangan Islam dan membawa keberkatan kepada seluruh penduduk Felda Air Tawar 5 serta kawasan sekitarnya.
Allah Peliharakan Sultan.
Maju Johor.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin



