Dana Zakat Bantu Asnaf Miliki Kediaman Selesa dan Selamat

posted in: Bantuan | 0

Sebuah rumah bernilai RM100,000 berjaya diserahkan kepada penerima asnaf hasil dana zakat yang diamanahkan oleh para pembayar zakat. Kediaman ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, ruang tamu yang selesa, dapur dan kemudahan asas yang sempurna, bagi memastikan keluarga asnaf dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, selesa dan bermaruah.

Bantuan rumah ini diberikan kepada asnaf yang memenuhi syarat yang ditetapkan, antaranya tergolong dalam kategori fakir atau miskin, tidak mempunyai kediaman yang sempurna atau rumah yang terlalu daif, serta melalui proses siasatan dan penilaian yang dijalankan oleh pihak MAINJ bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Indahnya zakat. Daripada sebuah rumah yang usang, kini lahir sebuah kediaman yang menjadi tempat berteduh, membesarkan anak-anak, mengeratkan kasih sayang keluarga dan membina masa depan yang lebih baik. Terima kasih kepada para pembayar zakat yang terus mempercayai MAINJ sebagai pemegang amanah. Setiap ringgit zakat yang ditunaikan bukan sekadar bantuan, tetapi mengembalikan sinar harapan dan maruah kepada mereka yang memerlukan.

β€œApabila zakat ditunaikan, bukan sekadar rumah yang dibina, bahkan kehidupan yang lebih bermakna turut dibangunkan.”

#amazingmainj

#mainjprihatin