PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

posted in: Bantuan | 0

Berita baik buat anak-anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara!

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara Tahun 2026 (Semester Pertama) kini dibuka bermula:

15 Jun hingga 15 Julai 2026

Bantuan ini terbuka kepada pelajar peringkat:

 -Sijil / Asasi / Matrikulasi

 -Diploma

 -Ijazah Sarjana Muda

 Syarat Am Permohonan:

 -Warganegara Malaysia beragama Islam

 -Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor

 -Mempunyai surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT tempatan

 -Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 bagi setiap tanggungan

 -Terbuka untuk kemasukan Semester Pertama sahaja

 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui:
https://epayment.maij.gov.my

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan menjadi pemangkin kejayaan anak-anak Johor dalam menuntut ilmu.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin